Kita sering terkeliru dengan ejaan bagi sesetengah perkataan. Pada anggapan kita ejaan yang biasa kita gunakan adalah betul sedangkan ejaan tersebut adalah salah. Manakala ejaan yang kita anggap salah sebenarnya adalah betul. Oleh itu, apabila berbahasa kita hendaklan sentiasa membiasakan yang betul dan membetulkan (kesalahan) yang biasa (kita lakukan). Yang berikut saya paparkan beberapa perkataan yang sering disalah eja.
Y.B.--> YB - Tidak perlu tanda noktah.
Contoh lain: YAM, YAA, DYMM, YBhg.
Y.Bhg. --> YBhg - Rujuk penjelasan di atas.
Di antaranya, Pengurus… Antaranya, Pengurus…
Frasa sendi di antara: digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.
Contohnya:
• Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya.
• Lif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat.
• Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura
NOTA: Padanan di antara/ antara adalah dengan bukannya dan.
Di antara buku yang telah … Antara buku yang telah … Rujuk penjelasan di atas.
Urusetia --> Urus setia. Urus setia, kata majmuk yang
dieja terpisah.
di atas pelantikan… atas pelantikan…
Kata sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak
fizikalnya.
Contohnya:
• di atas meja
• di atas pokok
• di atas bumbung
• di atas jalan
• di atas bahu
bekerja sama bekerjasama Kerjasama,
antara beberapa kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan.
Selain daripada penganjuran… Selain penganjuran…
Tidak perlu ada kata sendi, dari atau daripada selepas selain.
ke-Sepuluh kesepuluh, ke-10 --> Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan.
Jika angka, --. dieja dengan tanda sempang.
Contoh lain:
• Keempat, ke-4 • Kelapan, ke-8 • Keseratus, ke-100
mensasarkan --> menyasarkan
S-a-s-a-r bermula dengan konsonan s,
oleh itu, menerima awalan ‘meny’ dan konsonan s gugur.
ontoh lain:
• Suka jadi menyukai
• Salah jadi menyalahi/kan
• Suci jadi menyuci
• Satu jadi menyatukan
Pra Sekolah prasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti,
sosio, dwi, eka, tata, juru, multi dan sub
-apabila bertemu dengan kata nama umum, dieja sebagai satu
perkataan, tanpa tanda sempang.
Contohnya:
• antidadah
• antikomunis
• dwibahasa
• dwicabang
• ekafungsi
• ekawarna
• juruaudit
• juruukur
• pascaijazah
• pascapenerbitan
• prasejarah
• pramoden
• proaktif
• prokemerdekaan
• sosiobudaya
• sosioekonomi
• subkontraktor
• substandard
• tatanama
• tatarias
Namun apabila awalan ini bertemu dengan kata nama khas, kita tulis dengan tanda
sempang.
Contohnya:
• Anti-Rusia
• Pro-Barisan Nasional
Terdiri di kalangan --> Terdiri daripada kalangan
--> Daripada, kata sendi yang lebih tepat.
No comments:
Post a Comment